Selasa, 12 Oktober 2010

Nike Run... We Run KL...

10.10.10 telah pon berlalu... tarikh keramat ini lah... captain.. buat sekian kalinya.. menjebakkan diri dalam acara marathon.. jauh x jauh sangat la... ada la dalam 10km... training ada la dalam 2-3 kali... tapi hari training terakhir di stadium MPSJ... captain dan rakan2 berjaya meng-complete-kan 10km dalam masa 1jam 16 minit...

08102010636
Baju tajaan nike... boleh tahan smart laa... tapi beg tu mmg lawa..

terima kasih tidak terhingga kepada Alain kerana byk memberi tips dan nasihat.. rasanya kalau xda Alain ni.. Captain nak habeskan 5 km pon dekat 3 jam...hehe.. Penigkatan mendadak dalam pertandingan... apabila gap masa peribadi berjaya dikurangkan kepada 1 jam 13minit... tapi masih tidak mampu untuk berbangga... sebab ada awek yang boleh tamatkan dalam masa x sampai sejam pon...maluuu wooo..huhu

nike run
Rekod peribadi pemegang nombor 16147... 1 jam 13.08 minit

meriah memang meriah... tapi bila dah habes berlari tu... sumer jalan terkengkang2... sakit lututla.. sakit peha... macam2 sakit ada...

Gelagat para peserta...

10102010640
Konsert mini selepas acara larian berakhir.....


Last but not least... may be ini adalah post yg terakhir daripada Captain buat masa ini, memandangkan exam around the corner... so... Captain terpaksa mengambil cuti panjang... Di kesempatan ini.. Captain nak ucap ribuan terim kasih kepada pembaca2 setia... dan tak lupa juga peng-komen2 yg x jemu2 memberi feedback dalam setiap article yg Captain post.

Rabu, 6 Oktober 2010

Ada tak sapa2 nak pergi belajar oversea??? Peluang niiii...

Yeaahhh... musim periksa datang lagi.. selamat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada sumer adik2 tingkatan 3.... diharap.. anda sumer mampu memberikan yang terbaik sebagai balasan untuk ibu bapa yang tidak pernah mengira penat lelah menyekolahkan kita... kepada cikgu yang tak henti2 memberi tunjuk ajar kepada kita...

Di kesempatan ini juga... Captain nak kongsi soalan exam... A-levels punya tahap... so untuk mereka yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)... dan juga bercita2 nak melanjutkan pelajaran ke luar negera... bolehlah.. cuba2 menjawab soalan ini...




Klik Sini Untuk Jawapan:


Klik Gambar untuk tumbesaran yang sempurna

Macam mana?? ada yang dapat jawab semua betul ke?? bagi yang x berjaya tu jangan kecewa... boleh cuba apply universiti2 di dalam negara plak... Lagipun universiti2 kat Malaysia ni pon dah semakin femes di mata dunia.... kannn....